About Me

My photo
saya berumur 20.... anak jati terengganu tau bidang elektrik yang saya pilih

Followers

Friday 25 November 2011

tahukah lelaki

‎20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?


5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.



6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.



10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Tuesday 22 November 2011

LI??,kawan-kawan???kerja???rumah???

huhuhuhu tajuk aku banyak kan???
nanti aku duk kat umah selama 1sem
bersyukur sangat-sangat dapat tempat LI kat dungun
so duit tak lah banyak habis
hai macam mana lah perasaan bila dah LI 6ti
emm sekarang rasa takut pun ada almaklumlah selama ini tak pernah aku bekerja
tapi apa-apa pun aku harap aku dapat lakukan nya nanti
TNB dungun uhhh alhamdullah dapat tempat kat situ
aku berdoa suatu hari nanti aku dapat bekerja di TNB 
orang cakap best kerja kat TNB tapi aku nie perempuan boleh ke???
alahhhh sekarang kan perempuan dah setanding dengan lelaki
insyallah aku mesti dapat buat dengan keredhoaan NYA
nanti kena berdepan dengan orang yang lebih tua dengan kita
selama ini aku hanya berkawan dengan oarang yang sama baya dengan aku
yang paling penting tak ada lah sebarang masalah kat sana nanti
walaupun suka dapat duk kat umah tapi mesti rindu kat kawan-kawan
terutama rindu kat ikin,ida,azwa dan tak lupa jugak budak kelas aku yang sangat baik dengan aku
bila aku datang di sini baru aku tahu yang mana kawan yang mana lawan
macam naim,azman,bob,izzat,syuk dan ramai lagi mereka lah yang betul-betul boleh di jadikan kawan
terutama naim die banyak tolong aku bila aku dalam kesusahan
terima kasih naim...kalau die nak mintak tolong dari aku aku akn tolong die
tapi bila aku tak dapat tolong die aku rasa sangat bersalah
macam kata azril die orang sangat lah baik
banyak pulak aku duk bercerita kat sini kan???
heeheheh saje lepas kan bosan dan nak kongsi cerita
hehehheh
JANGAN MARAH RRRR huhuhuhu

                                  kenangan terindahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Monday 21 November 2011

exam???? bola??????

huhuhuhu walaupun esok exam
tapi malam nie macam esok tak exam plak
ye lah seronok tengok bola
malaysia vs indon
hai time macam nie pulak ada bola nye
pas2 mulalah macam nak pecah rumah dengan sorakkan yang hangat daripada penyokong malaysia hehehhe
yang tak boleh tahan nye aku,ida dan ikin bersorak sampai terlompat-lompat
pada hal bola yang masuk itu adalah outste huhuhuhu
yang lain duk diam je sebab dah tahu peraturan nya
hahhaha nampak sangat kami nie tak tahu pasal bola hahahha
apa-apa pun cayok-cayok team malaysia
bila aku mendengar die orang bersorak aku yang duk atas ketar lutut-lutut
pastu mulalah berlari turun tangga nasib baik tak jatuh jeee
bola punya pasal
walaupun aku bukan peminat bola
bila team malaysia atau team terengganu beraksi kalau boleh aku hendak sangat-sangat tengok
tapi apa-apa pun bola bukan minat aku heheheh
harap-harap esok jangan lah jawap paper nanti tentang bola sudah
huhuhuhuhuhu

19.11.2011 dan 20.11.2011

19.11.2011
genap 2 bulan kami berpisah
rase semacam tak percaya yang aku akan berpisah dengan die
die layan je karenah aku selama ini
die menangis semasa aku mula mahu tinggalkan die
tapi aku tak sanggup terus dimain kan
cukup lah 6 bulan die curang pada aku
sampai sekarang die masih merayu pada aku
tapi aku tak mampu pulang kepangkuaan die
aku harap die dapat lupakan aku nanti
demi kebaikan die dan aku juga

20.11.2011
genap 2 bulan kami couple
aku bersyukur dapat seorang yang sentiasa memehami aku
die yang selalu ingatkan aku tarikh ini
sebenarnya aku tidak pernah lupa tarikh ini
aku sangat bahagia bersama dengan die
die terlalu baik buat aku
die sentiasa teman aku kalau aku tak boleh tidur
die selalu pujuk aku kalau aku ada masalah dengan stduy aku
aku harap kami terus kekal sampai bila-bila
terima kasih mohamad azril
u are my love
die selalu sebelum tidur ucapkan kata-kata ini pada aku
"sayang janji jangan tinggal kan b"
"b takkan tinggalkan sayang"
alangkah gembiranye bila die cakap macam itu
untuk pengetahuan die aku tak sanggup kehilangan die lagi
dalam hidup aku

Saturday 19 November 2011

KADANG-KADANG,JARANG-JARANG DAN SELALU

kenapa tajuk aku macam itu???
kadang-kadang aku rindu kat die
walaupun kami dah berpisah dan aku dah ada orang lain
tapi aku tetap rindu kenangan bersama die
bukan senang untuk terus lupakan die
aku perlukan masa dan aku perlu bantuan
sekarang bantuannya adalah kekasih hati aku sekaran
die selalu mesej
die kadang-kadang elok untuk berkawan
tapi kadang-kadang mulalah die nak aku balik
bukan aku tak nak pulang pada die tapi apa die buat sangat menyakitkan
die selalu cakap yang aku masih dihati die
tapi nak buat macam mana takdir dah jadi macam nie
bukan semua dari kesalahan aku
die yang buat aku tak boleh nak terima die lagi
kadang aku sedih dan aku tak pernah terfikir yang aku akn berpisah dengan die
jarang-jarang aku nak balas mesej die
sebab aku nak jaga hati kekasih aku
bukan aku tak nak terus tak berkawan dengan die
macam semalam kekasih aku cemburu sakan sebab tahu aku mesej dengan die
kekasih aku cakap dengan orang lain dia tak kisah tapi bila dengan exboy aku die mula cemburu
aku nak kawan jugak dengan die...lagi satu aku tak balas mesej die sebab aku sibuk dengan study
nak examlah katakan

        bear yang selalu aku peluk
       sampai bila aku harus simpan bear nie???


14.06.2009-19.09.2011